Sunday, 28 August 2016

KELEBIHAN BERMAIN MUZIK


1) Merangsang Pertumbuhan Otak
- Kajian menunjukkan muzik dapat membantu perkembangan otak terutamanya otak kiri yang berfungsi sebagai intelligent quotient. 




2) Self-expression and Confident
- Muzik juga dikatakan dapat membantu kita mengekspresikan diri dan dapat meningkatkan keyakinan diri. Apabila bermain muzik, kita dapat membina keyakinan diri dengan bermain instrumen-instrumen tersebut. Lihat sahaja Yuna, kelebihannya bermain muzik telah membawa dia membuat konsert orkestranya yang sendiri..

3) Menghilangkan stress
Muzik yang baik juga dapat membantu pengeluaran Hormon Endorfin iaitu hormon bahagia. Hormon ini secara tidak langsung dapat menghilangkan kadar stress dalam diri.

4) Fokus
Seperti yang kita tahu, muzik terdiri daripada not-not yang berbeza. Dalam membaca dan mendengar not-not muzik tersebut, ia memerlukan penelitian. Penggunaan lebih dari dua anggota badan apabila bermain muzik, membantu diri kita untuk lebih fokus. Dengan cara ini, ia dapat diterapkan dalam kehidupan seharian.


5) Melatih Displin
Muzik mengambil masa yang lama untuk dipelajari. Sebagai contoh, Piano mempunyai 12level untuk dihabiskan. Sesetengah golongan mungkin menganggap Muzik adalah perkara yang mudah namun ia sebenarnya adalah perkara yang mencabar. Ia memerlukan kesabaran dan latihan untuk seseorang itu mahir. Maka, tidak hairanlah kanak-kanak yang menghadiri kelas muzik lebih berdisplin.
HUKUM MUZIK DALAM ISLAM


Muzik berasal dari perkataan Yunani yang digunakan bagi menunjukkan seni atau kemahiran bermain alat hiburan. Ilmu muzik pula merupakan ilmu yang berkaitan dengan asas-asas irama. Sementara ahli muzik ialah orang yang mahir berkenaan dengan muzik.
Dari segi istilah, muzik ialah ilmu yang membahaskan tentang selok belok nada dan irama, cara-cara menggubah lagu, penciptaan alatan muzik dan bunyi yang terhasil dari alat-alat muzik.
Masalah Cabang :
Mendengar muzik hukumnya adalah berbeza – beza di kalangan ulama. Ia merupakan masalah cabang bukannya masalah asas. Oleh itu tidak sepatutnya seorang muslim itu menuduh seorang muslim yang lain sebagai fasik hanya kerana mendengar muzik. Juga tidak boleh baginya mengatakan pendapatnya sahaja yang betul tanpa menghormati pendapat orang lain dalam masalah ini. Lainlah jika masalah yang dibincangkan merupakan masalah asas seperti solat. Solat lima waktu memang disepakati oleh semua orang islam bahawa hukumnya wajib. Lalu jika ada orang yang mengatakan sebaliknya, layaklah disanggah kata-kata tersebut.
Tetapi dalam masalah mendengar muzik ini, ada ulama yang mengatakan boleh dan ada juga ulama yang mengatakan tidak boleh. Dengan demikian janganlah dengan masalah yang sekecil itu membawa kepada perpecahan di kalangan imat islam. Tiada dalil yang jelas mengatakan bahawa muzik itu haram. Jika ada sudah tentu tidak berlaku perselisihan di kalangan ulama.
Pendapat para ulama
Imam Al-Ghazali menyatakan :”…Hiburan itu ‘ubat’ kepada hati yang menyembuhkan ‘penyakit’ letih, lalu berpatutanlah ianya dihalalkan tetapi janganlah berlebihan sepertimana halnya ubat yang tidak boleh diambil berlebihan…”
Katanya lagi :”Jika alatan muzik yang digunakan adalah alat yang melambangkan ahli maksiat iaitu seruling, gitar (dan seumpamanya) dan alat gendang dari kaca seperti drum maka ianya adalah diharamkan….”
Qadhi Iadh mengatakan bahawa muzik hanya halal kepada ahli ilham iaitu orang yang pandai memanipulasikan muzik itu untuk mendapat ilham. Adapun bagi orang lain, hukumnya adalah haram.
Ibnu Hazmin : Sesiapa yang mendengar muzik dengan tujuan menyumbangkan perkara maksiat, maka dia adalah seorang yang fasik. Dan sesiapa yang mendengarnya dengan tujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah S.W.T, maka ianya dibolehkan.
Antara ulama lain yang membahaskan dan mengatakan muzik itu harus ialah : Izz bin Abdussalam, Al-Qurtubi dan As-Syaukani.
Kesimpulan :
Hukum mendengar muzik telah menjadi pertikaian ulama sejak zaman awal islam lagi. Mereka bersatu pendapat dalam beberapa perkara tetapi pada masa yang sama berselisih pendapat dalan beberapa perkara yang lain.
Mereka bersepakat mengatakan bahawa setiap nyanyian yang mengandungi unsure maksiat, hukumnya haram.
Dan mereka juga sependapat tentang halalnya nyanyian tradisi yang tidak menggunakan alatan muzik yang dinyayikan di tempat-tempat yang dibenarkan syarak seperti di majlis perkahwinan, menyambut kepulangan orang hilang, hari-hari perayaan dan seumpamanya dengan syarat penyanyi bukanlah seorang wanita. Penyanyi wanita hanya dibenarkan dikhalayak wanita sahaja.
Tatapi dalam masalah penggunaan alatan muzik, mereka berselisih pendapat. Ada yang mengatakan boleh dan ada yang mengatakan tidak boleh.

Apa pun dapatlah disimpulkan bahawa nyanyian yang disertakan dengan alatan muzik atau tidak, hukumnya adalah halal dan dibolehkan dengan syarat tidak menjurus kea rah maksiat. Walaupun begitu, jika asyik dengan muzik sepanjang masa, akan menjadikan muzik itu makruh pula dan boleh jadi juga haram.
Teknik Bermain Recorder

Recorder merupakan alat musik melodis yang sumber bunyinya berasal dari tekanan udara (aerophone) dan dimainkan dengan cara ditiup.
Rekoder atau seruling umum digunakan untuk pengajaran disekolah, rekoder yang sering dipakai adalah recorder sopran, disamping recorder sopran ada juga recorder sopranino dan recorder alto.
Recorder sopran mempunyai wilayah suara dari c’ (semua lubang ditutup semua ) , tetapi untuk nada tinggi hampir dapat dipastikan bunyinya disonan sekali. Recorder termasuk alat muzik melodis bukan ritmis (pengiring) dan akan dibahagi menjadi 2 kumpulan iaitu individu & kelompok.

Bagian-bagian recorder

Jenis-jenis recorder

1.      Recorder Sopranino
2.      Recorder Soprano
3.      Recorder Alto
4.      Recorder Tenor
5.      Recorder Bass
6.      Recorder Great Bass (Contra Bass)
Recorder yang umum digunakan dalam proses belajar di sekolah adalah recorder soprano (Descant), Recorder soprano mempunyai wilayah nada dari c’ (semua lubang ditutup) s/d b’’.

Teknik Memainkan Recorder
Ada beberapa hal yang harus diperhatikan dalam memainkan Recorder, yaitu:
1.      Tangan kiri memegang seruling bagian atas dengan posisi jari:
a.       Ibu Jari menutup lobang Oktaf
b.      Jari Telunjuk menutup lobang 1
c.       Jari Tengah menutup lobang 2
d.      Jari manis menutup lobang 3
2.      Tangan kanan memegang recorder bagian bawah, dengan posisi jari:
a.       Jari  Telunjuk menutup lobang 4
b.      Jari Tengah menutup lobang 5
c.       Jari Manis menutup lobang 6
d.      Jari Kelingking menutup lobang 7

3.     Untuk menghasilkan nada tinggi, lobang oktaf yang ditutup dengan Ibu Jari tengan kiri, dibuka ½ hingga ¾.
4.      Kepala tegak dan bahu wajar (tidak tegang)
5.      Dada membusung dan kedua belah siku terangkat sehingga tidak menyentuh badan
6.     Sumber tiupan diletakkan diatas bibir bagian bawah, bibir bagian atas menyentuh sumber tiupan dengan wajar.
7.      Jangan memasukkan bagian kepala Recorder (sumber tiupan) terlalu dalam sehingga menyentuh gigi, dan jangan digigit.
8.      Tehnik Pernafasan dan Tiupan
Bernafas yang baik sama seperti kita bernyanyi yaitu menggunakan pernafasan diafragma. Untuk menghasilkan tiupan yang bagus ucapkan seperti kata ”THU”. Tiupan harus rata jangan terlalu kuat meniup sehingga memekakkan telinga. Biasanya nada do (c’) adalah yang paling susah dibunyikan.
9.      Tuning Pada Recorder (melaras)
Recorder bisa di laras (disesuaikan nadanya bila terdengar agak fals) tetapi biasanya naik turunnya nada tidak sampai ½ nada. Untuk melaras Recorder bisa dengan menarik bagian kepala atau ekor dari recorder dengan menyamakan bunyinya pada stem fluit, garputala atau keyboard.

Latihan-Latihan
Latihan Ritme dalam Birama 4/4 




















Tangga Nada C Mayor



Latihan Individu